Thursday 16 June 2011

Hey HeY I don't want TO bE YouR SAkA!

Polik kobonarnya nyer post.. pasao apo? Ianyo tontang Drama terbaru yang kini mengisi seleksi SERAM iaitu YOU SAKA... PERGI JAUH JAUH! di TV3.Bagi den.. drama ini boleh dianggap sebagai parodi kepada drama dan filem seram yang sekarang semakin menghantui industi seni.PARODI? apo tuh? hok oloh.. pergi cari kamus DEWAN BAHASA kalo ado.. maleh den nak membongak kek sini.. nak tahu drama pasao apo? Bacolaa sipnosis nyer..




Sinopsis “You Saka…Pergi Jauh Jauh”
Selepas kematian ibunya, Nia sering diganggu oleh Gelam (Rosli Sako), saka yang mendampingi Rosrita. Gelam ingin menguasai Nia bukan kerana dia dipilih menjadi waris tetapi Nia sebenarnya merupakan calon yang terpilih oleh penjaga keturunannya, Puteri Jarum Permata untuk memusnahkan Gelam seterusnya dapat membebaskan keturunan Nia daripada ilmu saka. Maka, Gelam yang gagal menembusi badan Nia telah menggunakan hantu Rosrita untuk menjalankan rancangan jahatnya.
Ibrahim, seorang dukun moden yang merupakan bapa saudara kepada teman serumah Nia, Shasha (Ayang Hussein) amat risau dengan keselamatan Nia. Ibrahim telah menyuruh anaknya, Adrus (Nabil) untuk membawa Nia berlindung di rumah mereka.
Ketika Nia berikhtiar untuk menyeru Tuan Puteri yang tidak pernah menjelma dengan harapan untuk menghalau saka Gelam, Zeti (Dynas Mokhtar) pula muncul dalam kehidupannya. Zeti meminta khidmat perubatan tradisional daripada Ibrahim sebagai alasan untuk mendapatkan mantera yang dipercayai dalam simpanan Ibrahim. Oleh kerana terlalu gilakan kekayaan, Zeti sanggup membuat perjanjian dengan Gelam untuk memerangkap Nia.
Makin hari, Nia menyedari bahawa dirinya mempunyai kelebihan dan kuasa yang terpendam dalam dirinya. Nia dibimbing oleh nenek saudaranya, Tok Alai untuk mempelajari ilmu yang membolehkannya menghapuskan Gelam. Walau bagaimanapun, Nia hilang akal apabila Tok Alai menghilang diri, Ibrahim mula angau dengan Zeti dan Adrus pula koma akibat sihir. Apakah Nia dapat memulihkan semangatnya untuk menentang Gelam? Apakah punca dendam antara keluarga Nia, Puteri Jarum Permata dan Gelam? Adakah muslihat jahat Gelam akan berjaya? 
Pelakon Drama :

                                           NABIL AHMAD SEBAGAI ADRUS


                                           EIRA SYAZIRA SEBAGAI NIA


                                   FAUZI NAWAWI SEBAGAI PAK BERAHIM


                                         DYNAS MOKHTAR SEBAGAI ZETI


                                       AMYZA ADNAN SEBAGAI ROSRITA


Drama ini memang penuh dengan unsur seram yang berlapik dengan genre komedi... apo lg? Saksikan Drama bersiri setiap Khamis pada pukul 9.30 malam di TV3!


-DEN SLALU PERGI BELI NASI LEMAK MAMBAU DULU TP X PERASAN LAK BELI NGN JUARA RAJA LAWAK!-

1 comment: