Wednesday, 20 July 2011

Menara Gading??? Impianku lebiH tinggi Daripada itu..



        Sudah hampir tiga minggu aku berada di PSA.. yeah.. den sekarang sudah secara rasminyer pelajar JPP (Jabatan Penyenggeraan Pesawat) di PSA ini.. den sedang mengikuti Diploma Kejuruteraan Penyenggeraan Pesawat a.k.a. Diploma In Aircraft Maintenance Engineering.. perghh.. bunyi mcm gempak kan?! yeaaa.. Setelah den mendapat beberapa tawaran IPT lain seperti Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan , UniKL GMI dan UTHM, Politeknik ini menjadi pilihan den sebagai permulaan karier selepas itu.. Selain itu , poli ini satu-satunya yang menawarkan program ini di Malaysia dan mempunyai hubungan yang kuat dengan MAS Airlines.. jadi, bacalah sipnosis jabatan ini..

Jabatan Penyenggaraan Pesawat
Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA) ialah sebuah institusi di bawah Kementerian Pengajian Tinggi. Ia telah mula beroperasi pada tahun 1997 dan merupakan politeknik ke lapan ditubuhkan di Malaysia. Seperti yang dihasratkan oleh kerajaan, peranan utama PSA ialah menyediakan tenaga kerja separa professional dalam bidang kejuruteraan dan bisnes.  
Jabatan Penyenggaraan Pesawat (JPP) merupakan salah satu jabatan induk di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA). Ianya mula beroperasi pada sesi Julai 2006 dengan kemasukan  seramai 50 orang pelajar. Hanya kursus diploma sahaja yang ditawarkan di jabatan ini iaitu Diploma Penyenggaraan Pesawat(DAM) dengan tenaga pengajar seramai 24 orang. Matlamat utama jabatan adalah untuk melahirkan tenaga kerja separa profesional dalam bidang Penyenggaraan Pesawat.  
Pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) untuk Jabatan Penyenggaraan Pesawat (JPP) adalah berlainan dengan proses P&P jabatan induk yang lain. Ini adalah kerana kursus Diploma Penyenggaraan Pesawat (DAM) dilaksanakan secara ‘module based’.
PSA melaksanakan proses Pengajaran dan Pembelajaran dalam bidang Penyenggaraan Pesawat di peringkat diploma. Proses Pengajaran dan Pembelajaran ini dijalankan di kampus tetapnya di Shah Alam dan juga latihan amalinya dilaksanakan di Malaysia Airlines (MAS), Subang. PSA melaksanakan proses ini mengikut Sistem Kualiti MS ISO 9001:2000, garis panduan dari MAS, DCA dan EASA.
Program lima semester ini merupakan perkongsian bijak antara Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA) dan MAS. Di bawah sistem dual, pelajar akan menghabiskan masa selama satu tahun setengah di PSA dan setahun on-the-job-training MAS sebelum dianugerahkan Diploma Penyenggaraan Pesawat. (Sumber : psa.edu.my)
     Untuk batch den , hanya ade 33 pelajar sahaja yang mendaftar untuk program... sebenarnya, bukan senang nk masuk program ni mcm tu jer.. den kono lalui interview kek poli ni dengan 500 org lebih dtg untuk program ini! itu pun dier maklum kek internet sesiaper yg dapat.. untuk pengetahuan korang.. den kono ambik IQ test dan English test dulu sblum msk interview pukul 9 pagi.. pastu den punyer interview pukul 2 ptg tp lanjut smpai 4 ptg sbb punye ramai org yg dtg! rupe - rupenyer , dlm 500 org yg dtg interview kek PSA ni diorg nk dlm 41 org jer! mak aihh!tapi yang lagi den terkojut mcm beruk kono sunat.. ade 5 pusat untuk interview dlm beberapa negeri iaitu Kedah , Pulau Pinang , Pahang , Kelantan dan Labuan x termasuk Selangor lg.. tp yg dtg hanyalah 33 org.. den bersyukur kepada-Nya kerana rezeki-Nya masih lagi melimpahi ke atas hamba -hamba-Nya .. Amin..
     Ok2.. untuk pengetahuan korang.. poli antara tiga politeknik yg mendapat titile 'Premier'.. den  lampirkan sedikit sebanyak maklumat tentang IPT ni..

SIPNOSIS

Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA) yang dahulunya dikenali sebagai Politeknik Shah Alam terletak  di Shah Alam, ibu negeri Selangor Darul Ehsan. Kedudukannya di lokasi strategik, ditambah dengan komitmen dan dedikasi warga kerjanya telah menjadikan PSA sebuah Politeknik dinamik, selari dengan kemajuan akademik dan pembangunan prasarana. Pertukaran nama Politeknik Shah Alam sempena nama Almarhum DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agung ke XI yg telah disempurnakan oleh DYMM Sultan Selangor. Sultan Sharafuddin Idris Shah pada 8 Mac 2002.
PSA yang sinonim dengan gelaran "Politeknik Super Active" di kalangan rakan seperjuangan telah mengorak langkah menjadi politeknik pertama mendapat persijilan MS ISO 9002:1994 dari SIRIM pada September 1999. Tahun 2002 menyaksikan kejayaan PSA membuat peralihan sistem kualiti kepada MS ISO 9001:2000. Enam jabatan akademik PSA yang terdiri daripada Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Jabatan Kejuruteraan Awam, Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Jabatan Perdagangan, Jabatan Matematik Sains & Komputer dan Jabatan Pengajian Am bersedia menawarkan kursus yang berkualiti melalui tenaga akademik profesional dan terlatih.


-DEN SKRG DUK BRUNSFIELDS.. SEAPARTMENT NGN KINAH MY BFF!  XQ-

No comments:

Post a Comment